#Amanz24 – PUBG Mobile Kini Sedia, Harga Mi Mix 2 & Nokia 2 Dikurangkan, CEO Baru Lazada

February 20, 2020
14
Views



Permua PlayerUnknown’s Battlegrounds kini telah ditawarkan kepada pemain seluruh dunia di Android dan iOS. Permua ini menawarkan bentuk permainan tembak menembak pandang ketiga dimana pemain perlu bersaing dengan sekitar 100 pemain lain dan mereka perlu menjadi yang terakhir untuk kekal dalam permainan tersebut untuk menjadi pemenang.

Peranti keluaran Nokia, iaitu Nokia 2 kini telah menawarkan harga diskaun kepada pengguna tempatan. Telefon pintar berspesifikasi rendah ini hadir dengan janaan cip Snapdragon 212 dengan sokongan kamera belakang 8 Megapixel dan kamera hadapan 5 Megapixel. Peranti ini kini boleh didapati pada harga diskaun semurah RM399 dan ianya terhad sehingga 31 Mac ini sahaja.

Harga jualan Xiaomi Mi Mix 2 juga telah dikurangkan di pasaran Malaysia. Peranti janaan cip Snapdragon 835 ini hadir dengan bateri sebesar 3400mAh dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0 dan boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga RM1999.

Selain itu, YouTube pula kini dikatakan sedang menguji ciri untuk membolehkan pengguna untuk memainkan video ketika mereka sedang menatal di desktop. YouTube juga dijangka akan meningkatkan masa tonton pada platform berkenaan. Namun, ciri ciri ini masih lagi dalam peringkat ujian dan tidak diketahui bilakah ia akan diperkenalkan kepada semua.

ASUS Malaysia kini telah memperkenalkan fon kepala gaming terbaru mereka, dikenali sebagai ASUS ROG STRIX Fusion 300 dan ASUS ROG STRIX Fusion 500. Menurut mereka, ASUS ROG STRIX Fusion 300 kini sudahpun hadir ke pasaran Malaysia dengan harga RM719. Manakala fon kepala ASUS ROG STRIX Fusion 500 pula dijangka akan tiba ke pasaran Malaysia pada April ini.

Vivo V9 pula dikatakan bakal hadir ke pasaran Malaysia pada 26 Mac ini. Peranti nirbingkai ini dikatakan dijana dengan cip Snapdragon dengan sokongan kamera belakang 16+5MP dibelakang, manakala kamera hadapan 24 Megapixel.

Akhir seklali, Alibaba telah mengumumkan bahawa mereka akan membuat pelaburan tambahan sebanyak $2 bilion ke dalam Lazada Group SA. Dengan pelaburan ini juga, Alibaba turut mengumumkan bahawa Lucy Peng akan mengambil alih syarikat dengan menjadi CEO Lazada yang baru.

Nguồn:https://tapdoanmasan.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *